Thursday, November 12, 2009

LOVEY DOVEY CHRONICLES : oH! KMNs

Mari-mari sahabat, rakan, kawan sekalian. Mari dengar Afiqah Si Penglipur Lara bercerita tentang kisah jiwang cintan cintun muda mudi zaman sekarang…



Kisah Budak Lelaki Berkaca Mata


Pada suatu ketika yang tidak beberapa lama dahulu,
Ada seorang Budak Perempuan yang sangat berkeyakinan rendah.

Senantiasa merasakan diri nya Tidak Cantik, namun tidak pernah menyalahkan takdir yg tertulis untuknya.

Namun dek kerana keyakinan diri yang rendah Budak Perempuan ini takut untuk berkawan dgn makhluk Allah yang bernama Lelaki dengan anggapan semua lelaki Jahat dan hanya melihat paras rupa sahaja.

Kolot
sungguh pemikiran Budak Perempuan ini.

Tapi, suatu hari datang seorang Budak Lelaki Berkaca Mata.
PERGHH..

Dia mempunyai senyuman yang paling menawan pernah Budak Perempuan itu lihat.

Ala-ala model iklan ubat gigi.

Sungguh.

Memang menawan walaupun muka tidaklah kacak sangat.

Budak Perempuan itu sangat sukakan senyuman Budak Lelaki itu.

Satu senyuman sudah cukup untuk menerangi Bandar Kuala Lumpur.

Tetapi, setelah sekian lama sesuatu yang tidak pasti, samar-samar, kabur seperti kabus telah terjadi.

Budak Perempuan itu tertanya-tanya sebab musabab, memikirkan kemungkinan mengapa sesuatu yang tidak pasti itu terjadi.

Senyuman itu hilang.

Bukan kerana pemiliknya tidak mahu tersenyum lagi kerana harga senyuman itu telah melambung naik seperti harga petrol.

Sudah tentunya tidak, tapi kerana pemiliknya makin menghilang.

Ego?

Sibuk?

Entahlah.


Sehingga hari ini, jawapan itu masih lagi belum dijawab dan segala kemungkinan masih lagi belum dapat dipastikan.

Tetapi, sesuatu yang pasti ialah Budak Perempuan itu masih lagi menunggu.

Menunggu jawapan dan kemungkinan yang munkin
tidak akan di jawab.

notes : Nie citer terbaru la nih..

1 comment:

tiah said...

siapa???????someone i know ke??