Tuesday, June 8, 2010

Dosa-Dosa Lalu

Sejak akhir-akhir ini, hari-hari daku selalu dihantui oleh kenangan/dosa2 lalu. Terutama hari-hari selepas mendapat result matrik. The result was pretty bad but berjaya di-balance-kan oleh result SEM1. Hasilnya PNGK sedang-sedang. But still, rasa macam bengap gila. Macam useless gila. Powerless. Merendahkan lagi tahap confident yang sudah cukup rendah. Kesian Mak. Kesian Ayah. Banyak Berkorban. Tapi Ini ke hadiah yang aku bagi??. Orang asyik kata 'alaa.. takpe lain kali usaha lagi..','haa okay lah tu result.. boleh punya tue..','bersyukur lah dengan result tue. ramai lagi orang lagi teruk...' but korang tak faham sebenarnya. The hardest part is always not accepting the result but to look into their eyes and say those words. Hidup dengan mengetahui hakikat bahawa kita telah mengecewakan orang yang paling kita sayangi. How can you live with knowing such facts??. Sangat-sangat lah susah. Isk Isk..

So, dua tiga hari lepas tu sangatlah suram and lifeless. Macam zombie dah. 3 hari 3 malam tanpa bintang. haha. Berendam air mata sambil nendengar lagu-lagu tangkap leleh. Dan malam-malam berikut nya saya mula mengalami masalah 'you got me tossed and turn and i cant sleep at night'. Ingat habis matrik problem nocturnal ni akan selesai but makin teruk pulak. Mula-mula pukul 2 then 3 then 4 then 5. Macam ape tah. Pukul satu da start menguap but i ended up falling asleep at 5 a.m. Nikmat dah kene tarik oleh Allah sebab tak reti nak bersyukur. Sangat terseksa okay. Kalau ada pil tidur dah lama satu botol habis kene telan. So moral disini, tidurlah bila anda rasa mengantuk tak kira masa waktu dan tempat. Jangan tahan ngantuk. TIDURRR!!.

Tapi sebenarnya masalah ini berpunca dari setiap kali nak tidur, mulalah nanti terflasback dosa-dosa lama. Mula muhasabah diri kenapa result macam nie. Kenapa hidup ini mesti macam nie. Apa salah yang aku buat. I tought i'd corrected everything and learn from mistakes. Tapi lagi teruk result adalah. Tapi bila fikir dalam dalam.. YOU DESERVED IT. Aduh, setepek kene kat muka. Ohohohoho. Okay, jahat tu kasar sangat. NAKAL laaa. Bila ingat balik, memang tak caya that i'm capable of doing such things. Things like.. err.. you know.. emm.. benda yang berkaitan dengan kuliah, kelas tutor, latihan tutor, report amali. Ahh! pandai-pandailah korg teka sendiri. MEMANG SALAH DIRI INI. And lagi satu, KEBERKATAN. Ye berkat cikgu tue penting. Tak kisahlah cikgu tue gatal ke, suka himpit pelajar yg cun ke, garang ke, suka menyindir ke, mulut cm @#$% ke and etc. Kita sebagai pelajar kene sabar, itu ujian untuk kita. Taw tak kteorg satu praktikum penah kena denda berdiri kat atas meja. ye, ATAS MEJA!!. MEJA MAKMAL pulak tue. Then nyanyi ramai ramai kat depan dewan kuliah. Dasyat jugak lah kteorg kene. haha.

Haih macam macam ada. Duduk kat matrik setahun nie macam-macam benda belajar. Belajar cara-cara nak handle macam jenis orang, ragam dan situation yang kritikAL. Pengalaman yang membuat kan kita menjadi manusia. Walaupun kadang-kadang benda tu tak adil ( memang menyakitkan hati & mencabar kesabaran ) tapi kita kene terima sebab itulah kehidupan. Sekarang diorang kat atas. Kita kat bawah. Biarkan mereka mencemuh kita. Nanti kita kat atas pulak. TAPI Bila di puncak nanti jangan lah lupa segala ujian, kegagalan yang kita hadapi. Belajarlah dari kesilapan. Insyaallah, kejayaan itu pasti lebih manis.

Salam.

p/s: Ampun ya para pembaca dan followers sekalian kerna dah lama tak update blog nie. Segala kesulitan amatlah dikesali. Thanks amat-amat sebab setia jadi pembaca and follower.

No comments: