Thursday, January 31, 2013

Bukan Nabi



Aku tak paham lah.

dan aku tak akan pernah paham

dengan orang yang berdakwah

dengan caki maki,

konon nak nasihat tapi

ayat menghina orang lain.

Macam kami yang berdosa ni hina sangat.


Kau kata kau sayang nabi,

kau nak ikut sunnah

tapi cara kau berdakwah memalukan Islam.


Sebab orang macam kau ni lah

aku jauh dari islam dulu

aku rebel

aku jahil

aku skeptikal

aku tak suka orang pakai tudung labuh, or kopiah.


Tapi Allah sayang aku, dia hantar

orang yang berdakwah dengan kelembutan

orang yang tidak menilai orang lain

berdasarkan kesalahan dia, dosa dia

untuk lembutkan hati aku

untuk bimbing aku balik.


Kau sedar tak ?

Cara kau tu tak kemana

Buat orang lagi rebel adalah.


Dan tolong jangan hina aku

kerana dosa aku.

Aku manusia biasa

aku bukan nabi.



So by mercy from Allah , [O Muhammad], you were lenient with them. 
And if you had been rude [in speech] and harsh in heart, 
they would have disbanded from about you. 
So pardon them and ask forgiveness for them and consult them in the matter. 
And when you have decided, then rely upon Allah . 
Indeed, Allah loves those who rely [upon Him].
[3:159]






No comments: