Tuesday, March 12, 2013
unbearable pain
terdengar sayup-sayup azan subuh
aku terjaga
kemudian terlelap kembali dek lelah
namun tak lena
tiba-tiba aku sayu
tiba-tiba aku sakit
kau tahu sakit yang itu
sakit mengharap pada yang tak pasti
cuba aku redakan dengan tidur
tapi tak terkurang
lalu terlintas kata-kata hikmah
"kalau kita tiba tiba terjaga malam, itu maknanya Allah nak suruh kita jumpa Dia"
dan
"tatkala allah mengilhamkan kita untuk berdoa, Allah berniat untuk memperkenankan doa kita"
aku bingkas bangun
4:30 pagi
sayup-sayup azan subuh yang mengejutkan aku tadi ?
Maha Besar Allah
aku berwudhuk dan merintih kepada-Nya
yakin aku rintihan aku didengari
doaku agar sakit ini hilang
yang selalu ku ulang-ulang
"Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa aku"
kerana aku inginkan Jannah-Mu
"Ya Allah, Jauhkan lah aku dari cinta yang sia-sia"
kerana aku tak teringinkan cinta pada manusia
melebihi cintaku pada-Mu
"Ya Allah, bantulah aku menjadi muslimah yang baik"
kerana aku inginkan redha-Mu
Ya Allah, bantulah aku menjadi hamba-Mu yang tabah dan redha"
kerana aku inginkan menerima ujian-Mu dengan kerendahan hati
"Ya Allah, bantulah aku hapuskan sifat Mazmumah"
kerana aku inginkan hati yang bersih
aku tahu aku tak layak meminta meminta
tapi
kerana
kerana sifat seorang hamba itu meminta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment